Thursday, March 10, 2011

Kertas Jawapan Hilang...

Opps...rakan-rakan guru or anak murid sekalian jangan salah sangka pulak dengan tajuk entri nie yer. Hehehe. Nie bukan kertas jawapan kamu orang yer anak murid. Nie kertas jawapan cikgu. Hilang masa kat u dulu. Huhuhu. Tension campur marah campur sedih bila teringat kembali. Kawan-kawan satu u dulu mesti tahu pasal nie. Tersemat dalam hati sanubari aku sampai bila-bila. Hehehe.

Citernya camni. Ada satu tugasan individu. Subjek lukisan kejuruteraan kot. Lebih kurangla namanya. Ingat2 lupa dah. Itu rasanya tugasan paling akhirla aku hantar sebelum cuti semester. Tapi bukannya hantar terus kat lecturer, tapi ada sorang yang ditugaskan untuk kumpul dan hantar. Ok la semuanya berjalan lancar.

Selang beberapa minggu, result pun keluar. Aku pun pergi la cek markah. Tengok kat markah tugasan yang akhir tue. Terkejut aku. Markah kosong. Kenapa pulak jadi macam nie. Aku cek dekat lecturer. Dia cakap tugasan aku tak ada. Huu macam tak percaya aku. Aku balik rumah, cek kat semua tempat. Tapi tak ada. Tapi yang sebenarnya aku yakin aku dah hantar. Cuba-cuba cek lagi takut2 aku yang tersilap.

Aku terus jumpa lecturer aku sekali lagi. Cuba bagitahu perkara yang sebenar kat dia. Dia cakap ok. Aku boleh buat lagi sekali. Lega rasa. Aku balik terus buat yang baru dan hantar. Tapi nak buat macam mana. Bukan rezeki aku kot. Ada pelajar lain cuba pertikaikan kenapa aku dapat baiki markah aku. Sedangkan mereka tak boleh. Perkara nia dapat tahu kat lecturer aku. So untuk bagi adil dekat semua pelajar, tugasan yang baru tue lecturer aku tak terima. Haahhhhhhhhhhh. Tersentap aku. Rasa nak menangis pun ada.

Aku kecewa sangat2. Aku balik rumah. Bawak motor pun rasa terawang-awang je. Huuuu. Letih tak bersemangat langsung. Aku pujuk diri aku, bukan rezeki aku kot. Tak pela. Sebenarnya kalau korang nak tahu, markah yang sepatutnya aku dapat A, tapi disebabkan tugasan yang hilang tue aku dapat B je.Huhuhu.

Tapi tak apa. Selepas semester tue, semester berapa ntah aku tak ingat. Subjek autocad. Sambungan subjek lukisan kejuruteraan aritu. Dah memang rezeki aku dan rezeki kumpulan aku agaknya, kumpulan aku satu-satunya kumpulan antara kumpulan-kumpulan yang lain yang dapat A subjek tue. Aku puas betul waktu tue sebab aku yakin sangat dengan subjek nie. Tambahan pula subjek inilah yang paling aku minat sejak dari sekolah menengah lagi.
Tidak dinafikan, semua ahli kumpulan turut memberi komitmen yang tinggi untuk tugasan subjek ini.

Itu la serba sedikit asam garam sewaktu aku belajar dekat u dulu. 'Moral of the story', jangan berputus asa. Kejayaan pasti menjadi milik kita sekiranya kita bersabar dan berusaha untuk mendapatkannya.


Sekadar coretan.
-cikguden-

22 comments:

zati embong said...

autocad?dulu masa lab 3 jam duk buat autocad.bila kerja,xde da buat autocad,semua draughtman yg buat.reti nk print je O.o

Cikgu Den said...

A'ah autocad. skrg dah lama tak guna.sebab tak ngajar subjek nie kat sekolah.huhu.entah ingat lagi ke tidak.masa 2,3 jam berlalu tak rasa apa.hehe

Cikgu Den said...

zati embong:dulu ada gak cita2 nak jadi pelukis pelan or lebih krg. tapi tak kesampaian.huhu

cikgu ct said...

ya jgn berputus asa, mungkin itu ujian Allah dan DIA jg memberi kejayaan yg lebih bermakna

faiz said...

dulu saye test tersilap hntr...terhantar kertas yang salah jawapan..yg btol punye terbawak blk...cikgu dulu amik course engineering ke pendidikan..

Cikgu Den said...

cikgu ct: ada hikmah di sebalik ujian-Nya.

Cikgu Den said...

faiz: abis tue mcam mana. tak test balik ke...dulu cikgu amik course pendidikan teknikal.

faiz said...

cikgu den:nasib tak semua just 1-2 soalan je..

Nur Liyana said...

huhuh..takut arr kaalu yana pun kena macam tue jugak..huhu

cg doakan yana yer....untuk result spm yana nnt....
9A+ spm 2010..

cg, yana bukan tak nak letak gmbr cg.,.....
cg jgn la marah yer..hihihi
lowprofile kan best!!!!

heheheh
yana pun lowprofile jugak..low fat, low semuanya la..haahahha

Cikgu Den said...

faiz: nasib baik jugak. kekdg benda yang remeh temeh nie kita terlepas pandangkan.

Cikgu Den said...

yana: tak payah takutla. janji kita dah buat yang terbaik, cukupla.yang lain tue tawakal.doa.

cikgu doakan yana dapat result cemerlang nt.

tak marah pun. cikgu tak kesah.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

warrgghhh hilang mau bederau darah bila dapat "0" telorr tu...

Manusia yang tidak pernah gagal tidak akan mencapai kejayaan. Kita boleh menganggap bahawa kesilapan dan kegagalan kita sebagai satu papan tanda dalam kehidupan yang mengingatkan kita “jalan ini salah!”. Dalam ertikata lain, setiap kesilapan kita membuat kita mengenali jalan atau cara yang betul.

Mungkin kita juga perlu mengingatkan diri kita tentang sifat kita yang sering dilupakan ini… Ingatlah, kekalahan adalah sementara, hanya sifat putus asa kitalah yang menjadikannya kekal.

cik fiza said...

pelik juga knapa pihak pensyarah tu x periksa awal2 sblm buat penilaian.. masa sy di U dlu penah juga sy terbawa balik kertas test.. esoknye dipihak U call sbb dia tgk attendance ada tp kertas jawapan xde.. lepas drpd kes tu terus jd sgt bhati2 sbb bkn suma lecturer nk bg peluang kedua kn..

Sharinginfoz said...

risau juga kalau jadi macam ni kan

Siti Safiyyah said...

teringat kes ayah ss baru2 ni..ade kes ketas jawapan hilang gak..rupenye ayah ss tak perasan ketas jawapan budak tu..naya jek T___T


psstt : Sanggup ke kita tengok jek Nabi Muhammad s.a.w dihina???

Cikgu Den said...

afzainizam: tertarik dengan perkataan 'kekalahan adalah sementara, hanya sifat putus asa kitalah yang menjadikannya kekal'. sedar tak sedar sifat putus asa lah yang menyebabkan kita tidak maju dan mundur ke belakang.

Cikgu Den said...

cik fiza: A'ah dia tak maklumkan pun. tahu2 pun masa pergi cek result. setuju, bukan semua lecturer nak bagi peluang kedua. kena hati-hati. puji sikap pihak U.

Cikgu Den said...

sharinginfoz: kena peka dan hati-hati.

Cikgu Den said...

SS: kita tak terlepas daripada membuat kesilapan.

apa salahnya kalau diberi peluang kedua, jika apa yang terjadi sebelum ini tue bukannya disengajakan.

Muslimah Optimis said...

assalamualaikum... jalan2 terjumpa blog cikgu den ni.. nama mcm ayah MO pulak..heheh... setiap kejadian tu ada hikmahnya kan.. cepat atau lambat ja ALlah nak tunjuk kat kita kan..
tahniah dah jadi cikgu sekarang

Cikgu Den said...

MO: w'salam.o yerke.kebetulan. semua yang berlaku ada hikmahnya.jadi tak perlu la nak emosi sgt kan.
terima kasih...

NazLee said...

bantu lah saya,,,lihat blog saya,,saya masih baru di google adsense nie,,waaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...